Jimun Dideng Tuai Rumah Panjang Moden | Universiti Putra Malaysia
» ARTICLE » Jimun Dideng Tuai Rumah Panjang Moden

Jimun Dideng Tuai Rumah Panjang Moden

Article Summary
Bila disebut rumah panjang, terlintas difikiran rumah yang dibina dari kayu terletak di pedalaman dan tiada kemudahan asas elektrik, air bersih serta terlindung dari liputan telekomunikasi.


 

Bila disebut rumah panjang, terlintas difikiran rumah yang dibina dari kayu terletak di pedalaman dan tiada kemudahan asas elektrik, air bersih serta terlindung dari liputan telekomunikasi.

 

Namun, bagi Jimun Dideng, 57, tuai kampung Rumah Panjang Jimbun, Sg. Sekutan Sebauh, Bintulu, itu adalah dulu sebelum datangnya arus pemodenan disini.

 

Beliau bertanggungjawab menguruskan rumah panjang Jimbun serta kebajikan penghuninya pastinya mempunyai pengetahuan yang luas tentang adat resam dan budaya masyarakat iban untuk mengangkat perpaduan dan keharmonian masyarakat.

 

 

Jimbun Dideng telah lebih 20 tahun mencurah bakti sebagai pemandu kenderaan di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), turut berkongsi kisah perjalanan memodenkan rumah panjang beliau.

 

Rumah panjang Jimbun dibina sekitar tahun 2015 mempunyai 28 pintu, pada awalnya berstrukturkan kayu sebelum mengalami revolusi dari pembinaan rumah panjang kayu kepada rumah konkrit dengan penggunaan batu bata.

 

Menurut beliau proses pemodenan struktur rumah panjang mengambil masa empat tahun, sekaligus mengalami perubahan fasa sebanyak tiga kali sebelum menjadi rumah panjang rumah panjang moden

 

“Usaha pemodenan ini memang hasrat saya untuk meningkatkan martabat rumah panjang, sama ada di peringkat negeri Sarawak ataupun kebangsaan,” katanya.

 

 

Pembangunan ini bukan sahaja dari aspek infrastruktur, malah termasuk kemudahan asas seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih, serta kemudahan jaringan internet secara percuma kepada penduduk di situ.

 

Dalam pada itu,  rumah panjang ini turut melahirkan generasi yang berpendidikan tinggi, setakat ini lapan orang penduduk di rumah tersebut memiliki pekerjaan yang baik seperti doktor perubatan, peguam dan 78 orang jurutera dalam pelbagai bidang.

 

“Jumlah graduan yang berpendidikan sudah melepasi sasaran iaitu setiap pintu sekurang-kurangnya memiliki wakil seorang graduan, dan juga terdapat empat ke lima orang graduan dalam satu keluarga,”

 

 

“Sebagai ketua kampung, saya sangat menegaskan pendidikan penting terutamanya kepada generasi muda kerana pendidikan mampu mengubah masa hadapan serta memajukan kaum kita di negara ini,”

 

Manisnya, Rumah Panjang Jimbun kini menjadi tumpuan bagi lawatan dari agensi-agensi ataupun organisasi luar, sama ada bagi tujuan penganjuran perayaan, program dan sebagainya.

 

“Tempat kami pernah dipilih sebagai lokasi penganjuran bagi Program Ngabang Gawai bersama dengan RTM, Program Smart Farming bersama dengan HSE Resources & Mficord.

 

Date of Input: 31/10/2024 | Updated: 31/10/2024 | hairul_nizam

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
T.2024/12/23:3:54:56~noCache