Penyelidik UPM Guna Teknologi IoT Cegah Mata Buta Di India | Universiti Putra Malaysia
» ARTICLE » Penyelidik UPM guna teknologi IoT cegah mata buta di India

Penyelidik UPM guna teknologi IoT cegah mata buta di India

Article Summary
Ketua Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Thinagaran Perumal telah menyumbangkan kepakarannya dalam bidang kesihatan dengan menggunakan teknologi IoT dan AI bagi mencegah kehilangan penglihatan bagi pesakit Diabetes di negara India.


Minat yang mendalam dalam bidang internet benda ( IoT)  telah membuat seorang penyelidik berusaha sedaya upaya memperkasakan aspek kecerdasan buatan (AI) dan (IoT) sebagai salah satu  inisiatif untuk mencegah buta akibat diabetes.

 

 

Ketua Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Thinagaran Perumal telah menyumbangkan kepakarannya dalam bidang kesihatan dengan menggunakan teknologi IoT dan AI bagi mencegah kehilangan penglihatan bagi pesakit Diabetes di negara India.

 

Beliau bekerjasama dalam satu projek penyelidikan bersama penyelidik SRM Institute of Science and Technology, India untuk mengurangkan kerosakan pada salur darah dalam retina yang menyebabkan retinopati diabetes, iaitu penyakit mata paling kerap dikaitkan dengan kencing manis, katanya.

 

 

''Sistem pemantauan ini dibangunkan dengan cekap supaya dapat mengurangkan kos serta mengklasifikasikan semua maklumat mata pesakit dan menjelaskan kepada pesakit berkaitan peringkat semasa diagnosis pesakit diabetis.

 

Sebelum ini, beliau pernah dinobatkan sebagai pemenang anugerah kategori Top 1 (USD 1000), Persatuan Universiti Asia dan Pasifik (AUAP) dalam AUAP Research Fund untuk menggalakkan dan membantu meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dalam bidang berkaitan.

 

 

Beliau merancang untuk menggandakan usaha membawa penyelidikannya ke peringkat antarabangsa, terutamanya dalam bidang IoT dan Kecerdasan Buatan (AI), selaras dengan aspirasi universiti untuk melestarikan penyelidikan relevan dan berimpak tinggi di arena antarabangsa.

 

Tambahnya,  bidang IoT meliputi semua bidang dan trans-disiplinari. Peluang kerjaya dalam bidang IoT sememangnya  sangat luas.

 

 

 

Date of Input: 22/07/2024 | Updated: 22/07/2024 | syamilakamarul

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
TXJcIAi~