Hari Kerjaya Kejuruteraan Meningkatkan Peluang Dan Persediaan Kerjaya Pelajar | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » Hari Kerjaya Kejuruteraan Meningkatkan Peluang dan Persediaan Kerjaya Pelajar

Hari Kerjaya Kejuruteraan Meningkatkan Peluang dan Persediaan Kerjaya Pelajar

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 
Foto: Md Nasir Hussin
 
 
SERDANG, 14 Jun – Fakulti Kejuruteraan (FK) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Hari Kerjaya Kejuruteraan bagi meningkatkan peluang dan persediaan kerjaya buat pelajar tahun ketiga dan keempat khasnya, di sini, baru-baru ini.
 
Pengarah program, Prof. Madya Dr. Zed Diyana Zulkafli berkata penganjuran ini memberikan pelbagai peluang dan manfaat kepada pelajar FK untuk berinteraksi dengan 10 syarikat terdiri daripada dalam dan luar negara yang membuat pameran di sini.
 
“Para pelajar dapat berinteraksi secara langsung dengan syarikat dan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai keperluan industri kejuruteraan di samping meningkatkan kebolehpasaran mereka selepas tamat pengajian.
 
“Pelajar tahun tiga pula boleh menjadikan platform ini sebagai lalun untuk mereka mencari syarikat bagi melaksanakan latihan industri pada tahun keempat,” katanya yang menyasarkan 400 orang pelajar FK untuk menghadiri program ini.
 
 
Dalam pada itu, terdapat syarikat yang melakukan temu duga secara terbuka kepada pelajar serta penglibatan bahagian bimbingan dan kaunseling UPM untuk membuat ujian personaliti minat kerjaya pelajar.
 
Pelajar tahun tiga, Bacelor Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Muhammad Zulfakhri Zulkifli berkata program ini membantunya untuk bertemu secara langsung dengan bahagian sumber manusia syarikat bagi mendapatlkan maklumat yang lebih terperinci keperluan syarikat dan harapan majikan.
 
“Ini adalah peluang kepada pelajar mencari tempat latihan industri serta pendedahan yang luas sesuai dengan minat masing-masing di samping membina rangkaian profesioanl sebagai persediaan sebelum melangkah ke dunia pekerjaan yang sebenar,” katanya. -UPM

Date of Input: 14/06/2024 | Updated: 14/06/2024 | ezzatyazhari

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
TXGSUAg~