INTROP UPM Pupuk Inovasi Penggunaan Buluh Bersama Penduduk Sik | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » INTROP UPM pupuk inovasi penggunaan buluh bersama penduduk Sik

INTROP UPM pupuk inovasi penggunaan buluh bersama penduduk Sik

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari 
 
 
SIK, 12 Jun – Seramai 120 peserta telah menyertai Majlis Pembudayaan Inovasi Buluh Rakyat bersama penduduk Kampung Baru Sungai Senam anjuran Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, baru-baru ini.
 
Pengarah INTROP, Prof. Ir. Ts. Dr. Khalina Abdan berkata penyertaan komuniti pada majlis ini memberikan peluang kepada Institut Pengajian Tinggi (IPT) khasnya untuk memperkenal dan mempromosi inovasi buluh.
 
“Pendedahan ini diharapkan dapat memberi manfaat besar kepada komuniti tempatan dan industri tanaman ladang selain memperkukuhkan lagi hubungan dan jalinan kerjasama bersama komuniti untuk saling bertukar pandangan.
 
“Program ini juga akan membuka peluang untuk jaringan perkongsian ilmu dan inovasi teknologi buluh antara peserta serta pakar industri dalam menyokong usaha INTROP memperkasa komuniti melalui inovasi teknologi buluh,” katanya.
 
Pameran teknologi buluh, sesi perkongsian ilmu, dan demonstrasi praktikal berjaya menarik minat peserta yang hadir dalam penggunaan buluh sebagai sumber alternatif yang lestari.
 
Dalam pada itu, komuniti Kampung Baru Sungai Senam juga telah membuat demonstrasi rawatan buluh serta jalur buluh yang membawa kepada lebih banyak inovasi dan peningkatan dalam teknik penanaman serta pemprosesan buluh di Malaysia. -UPM

Date of Input: 14/06/2024 | Updated: 14/06/2024 | ezzatyazhari

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
TXGSUA6~